BERMULA DENGAN SERBA KEKURANGAN

SATU pergarbanan yang besar aku terpaksa lakukan semasa nak mulakan Kedai Mainan AZMI kira-kira setahun lalu (Jun 2010) sempena Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Itulah tarikh keramat bermulanya segala kepayahan buat diri, duit poket makin kering hingga tahap sifar, saudara mara menjauhkan diri dan yang paling peritnya setiap usaha aku diperlekehkan. Tapi itu semua aku pandangnya sebagai positif dan memberikan cabaran terbaik untuk aku merealisikan impian memajukan Kedai Mainan AZMI. Hanya isteri, ibubapa, mertua, dan adik beradik serta 3 anak aku berdiri teguh di belakang aku.

Monday 18 July 2011

APA YANG TERJUAL DI KEDAI MAINAN AZMI

KINI..KEDAI MAINAN AZMI 2011...

SETAHUN sudah berlalu, perjalanan Kedai Mainan AZMI semakin lancar walaupun belum mempu menjana pendapatan sebagimana yang diimpikan. Kekuatan semangat masih lagi berada di dalam diri aku demi membangunkan Kedai Mainan AZMI. Bermula dari menjual stiker dinding, buku warna, puzzle dll kini alat-alat permainan terkini pun semakin memenuhi ruang kedai. Yang pastinya, di tepi- tepi Kedai Mainan AZMI telah berdiri teguh kedai-kedai dan gudang besar. Bermakna Kedai Mainan AZMI sudah berjaya menjadi pemangkin pembangunan untuk usahawan Melayu untuk berjaya, Daripada sebidang tanah terbiar dan dipenuhi semak samun terbiar kini semuanya sudah dibangunkan dengan kedai-kedai batu seperti kedai makanan masakan Kelantan, bengkel besi dan gudang barangan runcit. AMIN.....

SUSAH MEMANG SUSAH.....JUN 2010....


LIHATLAH betapa daif dan susahnya aku ketika mula mula menjalankan perniagaan ini. Di atas tanah yang kosong aku dirikan Kedai Mainan AZMI dengan "ehsan" keluarga mertuaku dan kedua ibubapaku. Tetapi segala kesusahan dan kepayahan itu semakin berkurangan buat masa ini. AKU berbangga dengan kehadiran Kedai Mainan AZMI yang terjelma dari modal yang teramat kecil sehinggakan barang;barang jualan pun semacam kekuarangan stok. Dan aku betul betul berterima kasih kepada pembantu kedaiku, Kak Yah yang sudah hampir setahun menjaga kedai aku.